Sunday 30 April 2017

Apa Itu Kreatenin Dalam Darah?



Kreatinin adalah produk sisa kimia yang berada dalam darah, limbah ini kemudian ditapis oleh buah pinggang dan dibuang ke dalam air kencing. Kreatinin merupakan produk sampingan daripada penguncupan otot normal, di mana kreatinin diperbuat daripada creatine yang merupakan pembekal tenaga untuk otot.


Creatine adalah asid amino yang dihasilkan oleh hati, pankreas dan buah pinggang. Creatine juga boleh diperoleh dari luar tubuh iaitu dari sumber makanan seperti ikan dan daging. Otot-otot kita menyimpan creatine sebagai creatine phosphate, yang merupakan sumber ATP,  yang menyediakan tenaga. Ketika otot berehat, respirasi aerobik biasa akan menyediakan tenaga yang cukup sehingga tidak memerlukan Kreatin fosfat. Namun, apabila otot-otot bekerja secara aktif, maka  akan memerlukan banyak ATP untuk tenaga dan mula menggunakan cadangan  Kreatin fosfat.


Perlu diketahui bahawa umumnya, kadar kreatinin dalam darah tetap tidak berubah dari hari ke hari kerana massa otot biasanya tetap sama. Penggunaan ubat-ubatan tertentu, makan banyak daging atau latihan otot atau sukan lain boleh menyebabkan kadar kreatinin tinggi, walaupun pada mereka yang tidak mempunyai penyakit buah pinggang kronik (CKD). Sedangkan sebaliknya, kadar kreatinin boleh lebih rendah dari normal pada orang yang sudah lanjut usia, orang yang kekurangan gizi atau vegetarian.


Ok, posting saya selepas ini adalah bagaimana hendak kurangkan, kekalkan tahap kreatenin normal? Boleh tunggu post saya seterusnya....



No comments:

Post a Comment